Saturday, 3 March 2012

REZEKI TUHAN ADA DI MANA2~~
SEMUANYA DENGAN USAHA..
JOM..TRY NI!!MANTAPPP!!!

http://www.teamhorsepower.com/3842523

Sunday, 24 April 2011

Sabarlah dengan ujian yang TIDAK kita DUGA..

Sekadar perkongsian...untuk kita saling mengingati, apabila ditimpa sesuatu MUSIBAH..

Firman Allah SWT, 


Maksudnya : Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) 



Tepat jam 11.30 pagi tadi, kami pun berangkat dari kampung menuju ke pasar Kuching untuk memenuhi permintaan anak saudaraku yang manja itu...sebab semalam kami berjanji hendak membawanya jalan-jalan dengan menggunakan kereta 'baru' kakakku,PROTON SAGA FL...
Tersenyum sendirian bila mengenangkan perkataan yang terucap dari bibir anak saudaraku...'Janji kosong' katanya kepada kami...dalam usia yang baru mencecah 11 tahun, sudah tahu apa ertinya BERJANJI...
demi memenuhi permintaan nyalah, kami adik beradik pun bersetuju pergi ke pasar..
Kami melalui jalan darat yang mungkin mengambil lebih masa berbanding menggunakan feri, semasa di 'jalan darat' itulah petanda pertama yang menyebabkan hati kami rasa tidak tenteram...
Terdetik di hatiku...Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami adik beradik, sesungguhnya kami tiada kuasa menggunakan kenderaan ini, melainkan dengan KURNIAANMU,,,"....Pertanda pertama yang dimaksudkan ialah kami hampir-hampir kemalangan disebabkan pemandu van yang kami potong memandu dengan keadaan yang tidak betul 'terlebih garisan'...kereta kami hampir2 terbabas ke tepi parit di sebelah jalan...Syukur alhamdulillah, keadaan masih boleh dielakkan!

Dalam kira2 jam 12.45 tengah hari, kami pun sampai di pasar Kuching, dan apa yang patut dilakukan ialah..."cari parking"..keadaan pasar yang amat sibuk menyukarkan kami mencari tempat parking..sekarang, pusingan ke 3 dah...belum juga dapat!!Kakak2 ku pun dah kelihatan kecewa, sebab tujuannya ke pasar adalah untuk membeli kaki ayam untuk dibuat sup, barangkali mengidamla kakakku, dalam keluarga, aku dan kakakku yang sulung tidak pandai makan 'kaki ayam', sebab itulah aku rasa 'kaki ayam' tu tak penting..
TIBA-TIBA...Dddduuuuppp!!!alamak terlanggar!! Jerit kakak ku...kami pun panik, semua orang yang lalu lalang xkira yang bejalan kaki maupun yang berkenderaan semuanya berpusu-pusu ke arah kami...wanita muda 'chinese look'... pun keluar dari kereta yang kami 'terlanggar' tadi....kakakku membuka tingkap bertindak menunggu apa yang akan di katakan oleh wanita muda itu...'Kenak kitak singgah xberik signal, ne nak kamek fikir kitak behenti, apa gik kamek, pecutla'...dengan riak muka yang agak marah bercampur pucat wanita muda itu berbicara tanpa henti...

Kawasan berdekatan dengan tempat kemalangan berlaku

Tempat kejadian : Jalan yang agak sempit, mungkin mengundang banyak kali kemalangan

Sebenarnya, kejadian yang berlaku tidak diduga, sebab kami yang ada dalam kereta sibuk mencari perking kereta,terdetik di hatiku..."aie..xperasan eh,tetiba jak belanggar, ya Allah..lain tadik dapat dielak, tok xdapat gik dah" ...doa ketika ditimpa musibah yang tidak diingini:

'Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang 
dikehendakinya..'



Ya Allah, sesungguhnya yang terjadi ini adalah kehendakMu..bukan kami minta jadi begini, ya Allah..mungkin ini adalah sebagai penebus dosa yang kami lakukan...ampunkan dosa kami Ya Allah..

'Allahuakbar 2x......" Azan zohor pun bergemar...'errmmm, nak solat!!kena juga cari tempat untuk solat'...jerit hati kecilku..



Kereta baru kak Mas..selepas kejadian


Kami meminta izin untuk menunaikan solat dahulu daripada 'orang yang kami langgar' tadi...Perkara tersebut xmudah untuk di'settle'kan...sebab, dengar2 mereka nak bawa kepada Polis dan JPJ...aduh!! habisla lesen kakakku..detik hatiku...sebab kakakku baru sahaja dapat lesen P...kalau lapor pada pihak polis, kemungkinan lesen kakakku akan digantung selama 2 tahun!!..kakakku yang seorang lagi pun mengeluar kata sedikit mengugut,' mun kitak nak lapor ngan pihak polis dan JPJ...pasal kereta kitak yang kamek orang langgar ya, sesen duit pun mek orang sik bayar, kamek orang akan bayar bahagian kamek orang jak'
betul!!..kataku..kalau lapor pada polis, kerosakkan kereta kami tidak akan bertanggungjawab sebab dah bayar denda RM300 untuk saman...yang ruginya, mereka yang 'bawa ke tengah'..dahla bayar saman RM300,baiki kereta lagi...errmmm..fikirlah..mereka pun berbincang sesama family.....

Alhamdulillah...selesai sahaja kami menunaikan solat, kata putus dari pihak sebelah pun sudah ada...mereka hanya mahu bawa berbincang sesama sendiri sahaja...'Alhamdulillah'..kataku, terima kasih ya Allah, kerana memberi nikmatMU..nikmat ILHAM kepada mereka, untuk meleraikan segala masalah dengan berbincang sesama sendiri sahaja dan tidak dibawa ke tengah..Syukran YA RABB!! kataku tidak putus2... 

Setelah berbincang dan pergi ke bengkel kereta, jumlah yang perlu kakakku bayar hanyalah berjumlah RM250 sahaja...semua orang menjadi saksi di sana, salah seorang lelaki bersuara..'" tok bayar mati, sik boleh mintak2 gik..jangan kitak ganggu gik nya..nya dah bayar 'cash' ya k..semua jadi saksi"...tersenyum aku mendengar kata2 lelaki tersebut....Alhamdulillah...selesai jua akhirnya..setelah lebih kurang 3 jam 'bergelut' dengan UJIAN dari Allah itu...



Sebenarnya, kerosakkan pada kereta wanita muda tersebut tidaklah seteruk mana, sama juga dengan kereta kakakku..tergaris sedikit sahaja, dan tanggal catnya..=)..

Tapi, yang melayang duitnya...duit kakakku..kesiannye =(..errmm..ujian dari Allah untuk kakakku mungkin dirasakannya besar...dahla kereta 'baru buka sarung'..dah skress..huhh!! kataku padanya..."sabarlah k...ujian Allah...perkara dah jadi, kita terima sahaja dengan hati terbuka, kita memang sik mintak nya berlaku...tapi, nak molah gne"



Skress pada kereta akibat pelanggaran



“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. Qs. Ali Imran: 200



Ku pandang wajah kakakku, terpancar kesedihan di wajahnya...dalam HATInya hanya Allah yang tahu,aku tidak mampu menolongnya...hanya doa ku kirimkan...moga Allah menjadikannya TABAH menghadapi ujian yang kecil ini!!

Setelah 'settle' kesemuanya, kami pun bercadang hendak makan..semua plan2 yang dirancang sebelum ini tak jadi..plan makan sahaja yang jadi..kakakku pun memandu dengan berhati2 menyusuri jalan raya yang sesak itu..kami menuju pasaraya BOULIVART, untuk mengisi perut yang kosong dari tadi...nampaknya selera kakak-kakakku 'mati'..mungkin kejadian tadi masih terkesan di hati mereka....lain pula cerita kak yang...

Dia seolah-olah fobia..fobia dengan kemalangan..sebab sebelum ini..kak yang pernah mengalami kemalangan yang sangat dahsyat setahun yang lalu...ketika kak yang dan bapaku menunggang motorsikal....kak yang terpelanting jauh...dan pengsan, begitu juga bapaku..sama2 pengsan, hanya sedar setelah siap dirawat di hospital...motorsikal rosak teruk..kalau tak silap, kerosakkan motorsikal meyebabkan bapaku membayar sejumlah RM1500...Mungkin sebab itulah kak yang kelihatan begitu fobia dan panik...



Wajah yang kehilangan 'selera makan'


Kak yang dan kak mas kelihatan tidak selera makan..yang berseleranya..aku dan anak saudaraku!!..mungkin sebab perut kosong tak berisi dari pagi tadi....selesai makan, kami pergi ke pasaraya sekejap dan membeli sedikit barang keperluan dan kemudian pulang...

Aku yang 'berselera'


Dalam perjalan pulang...mataku macam ditimpa bende berat..huh!! ngantuknya, maklumlah dah makan...akupun tidur..sehinggalah sampai di jalan darat, kami terkejut apabila menyaksikan kemalangan yang agak ngeri..kereta masuk dalam parit di sebelah jalan!!Sempat juga aku mengambil beberapa gambar...kak yang marah, bila tau aku mengambil gambar...katanya ' sial ambik gambar orang exsiden ya ha...'..aku pun tersentak mendengar kata2nya...aku pun tidak pasti, adakah benar apa yang kakakku katakan..atau mungkin kesan dari kemalangan yang kami alami sendiri tadi...Wallahua'lam....

 Kereta yang mengalami kemalangan tersebut

 Lori yang berusaha menarik kereta tersebut


Tempat persinggahan kita sebelum ke alam yang ABADI


Alhamdulillah...kami sampai ke rumah dengan selamat, syukur atas segala nikmatmu Ya Allah....walaupun ujian tersebut, kesannya bukanlah aku yang tanggung..tetapi terdapat seribu satu hikmah dan pengajaran bagiku, yang perlu aku ambil ikhtibar daripadanya..Ya Allah, daripadaMu kami datang..dan kepadaMU jualah kami kembali...iaitu ALAM ABADI...
Wallahua'lam..

ku damba redhaMU
senyum selalu =)

Saturday, 23 April 2011

La Tahzan WAHAI HATI....



"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS.." (AnNajm : 43)..


  Syukur ke HadratMU Ya ILLAHI...kerana memberi peluang kepadaku untuk menikmati kehidupan hingga ke hari ini, Alhamdulillah~...Hari demi hari, langkah demi langkah yang ku susun,semakin HATIku yang merupakan RAJA kepada segala tindakkanku terasa perit, sedih dan pedih...tersentak seketika...@#$%^...adakah benar kata hatiku???...YA ALLAH,teringatku pada Hadis yang pernahku dengar dari seorang sheikh yang berbunyi....


“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Ya ALLAH, adakah segala tindakkan ku mendapat REDHAMU...YA ALLAH...sesungguhnya hambaMU ini sangat takut akan siksaanMu...tetapi, tidak beerti hambaMU ini menolak dari menghadapi UJIANMU, malah berharap DIPERKUATKAN menghadapi segala ujian yang mendatang..
Hari ini, terasa begitu lambat masa berlalu..mungkin hatiku yang terasa sangat sedih dan hiba...apakah yang menyebabkan diriku jadi begini....YA ALLAH, janganlah Engkau biarkan diriku hanyut begini...terasa segala ibadah yang aku lakukan begitu lain...dan terasa segala pergerakkanku diperhatikan...SIAPAKAH DIA??? Jerit hati kecilku....sedangkan aku tahu, bahawa setiap manusia mempunyai 'PEMERHATI'....


Selesai sahaja 'meeting online' yang aku hadiri, jari jemariku cepat2 menaip mencari Pengisi RUANG KOSONG yang belum terisi dari pagi tadi...kepalaku ligat berfikir, apakah 'TAJUK' yang menjadi pengisi kekosongan hatiku...terhenti seketika...'Khalifah Umar bin Abdul Aziz',tajuk yang menjadi pilihanku!!


"Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk  jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.."


Begitulah serba sedikit sifat peribadi yang ada pada Khalifah yang amat aku kagumi....PERSOALANNYA??..adakah cukup sekadar aku KAGUMI sahaja peribadinya??...ku kuatkan azam di hati, akanku cabar diri sendiri agar ISTIQAMAH dalam ibadahku...YA ALLAH..mampukah aku?? BUKALAH MATA dan HATIKU YA ALLAH...teringatku pada lirik sebuah lagu yang menjadi pilihanku ketika dan saat ini....."buka mata buka hati"...



Buka mataku buka hatiku
Alloh terangilah
Hidupku dengan sinarMu

Aku meraba(?) tak berdaya
Tanpa rahmadMu aku hina

Beribu dosa telah terjadi
Bewarnai langkahku
Hitam diri
Hitamlah hari yang lalu
Gila tanpa cahayaMu
Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak berarti sia-sia

Tak mungkin bisa ku sempurna
Mencintaimu seperti ke-Maha-anMu
Diri yang hina berlumur noda
Hanya bersimpuh
Memohon belas kasihMu

YA ALLAH....tersentuhnya hatiku bila mendengar dan menghayati lirik lagu ini....siapakah aku tanpa CINTAMU YA Allah..betapa kerdilnya diriku...aku berharap setiap gerak geri yang aku lakukan mulai saat dan detik ini...diiringi dengan NamaMu...dan mengingatiMU...ya ALLAH...kerana dengan mengingatiMU HATIKU TENANG...InsyaALLAH..

Senyum selalu...=)
redhaMU ku Damba~