Saturday 23 April 2011

La Tahzan WAHAI HATI....



"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS.." (AnNajm : 43)..


  Syukur ke HadratMU Ya ILLAHI...kerana memberi peluang kepadaku untuk menikmati kehidupan hingga ke hari ini, Alhamdulillah~...Hari demi hari, langkah demi langkah yang ku susun,semakin HATIku yang merupakan RAJA kepada segala tindakkanku terasa perit, sedih dan pedih...tersentak seketika...@#$%^...adakah benar kata hatiku???...YA ALLAH,teringatku pada Hadis yang pernahku dengar dari seorang sheikh yang berbunyi....


“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Ya ALLAH, adakah segala tindakkan ku mendapat REDHAMU...YA ALLAH...sesungguhnya hambaMU ini sangat takut akan siksaanMu...tetapi, tidak beerti hambaMU ini menolak dari menghadapi UJIANMU, malah berharap DIPERKUATKAN menghadapi segala ujian yang mendatang..
Hari ini, terasa begitu lambat masa berlalu..mungkin hatiku yang terasa sangat sedih dan hiba...apakah yang menyebabkan diriku jadi begini....YA ALLAH, janganlah Engkau biarkan diriku hanyut begini...terasa segala ibadah yang aku lakukan begitu lain...dan terasa segala pergerakkanku diperhatikan...SIAPAKAH DIA??? Jerit hati kecilku....sedangkan aku tahu, bahawa setiap manusia mempunyai 'PEMERHATI'....


Selesai sahaja 'meeting online' yang aku hadiri, jari jemariku cepat2 menaip mencari Pengisi RUANG KOSONG yang belum terisi dari pagi tadi...kepalaku ligat berfikir, apakah 'TAJUK' yang menjadi pengisi kekosongan hatiku...terhenti seketika...'Khalifah Umar bin Abdul Aziz',tajuk yang menjadi pilihanku!!


"Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk  jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.."


Begitulah serba sedikit sifat peribadi yang ada pada Khalifah yang amat aku kagumi....PERSOALANNYA??..adakah cukup sekadar aku KAGUMI sahaja peribadinya??...ku kuatkan azam di hati, akanku cabar diri sendiri agar ISTIQAMAH dalam ibadahku...YA ALLAH..mampukah aku?? BUKALAH MATA dan HATIKU YA ALLAH...teringatku pada lirik sebuah lagu yang menjadi pilihanku ketika dan saat ini....."buka mata buka hati"...



Buka mataku buka hatiku
Alloh terangilah
Hidupku dengan sinarMu

Aku meraba(?) tak berdaya
Tanpa rahmadMu aku hina

Beribu dosa telah terjadi
Bewarnai langkahku
Hitam diri
Hitamlah hari yang lalu
Gila tanpa cahayaMu
Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak berarti sia-sia

Tak mungkin bisa ku sempurna
Mencintaimu seperti ke-Maha-anMu
Diri yang hina berlumur noda
Hanya bersimpuh
Memohon belas kasihMu

YA ALLAH....tersentuhnya hatiku bila mendengar dan menghayati lirik lagu ini....siapakah aku tanpa CINTAMU YA Allah..betapa kerdilnya diriku...aku berharap setiap gerak geri yang aku lakukan mulai saat dan detik ini...diiringi dengan NamaMu...dan mengingatiMU...ya ALLAH...kerana dengan mengingatiMU HATIKU TENANG...InsyaALLAH..

Senyum selalu...=)
redhaMU ku Damba~




No comments:

Post a Comment